Al-Quwa Al-Jawiya

Al-Quwa Al-Jawiya (Arab: نادي القوة الجوية الرياضي; Melayu: Kelab Sukan Tentera Udara) ialah sebuah kelab sukan Iraq yang berpangkalan di Pekan Rusafa, Baghdad yang bersaing dalam Liga Bintang-Bintang Iraq, divisyen paling tinggi bola sepak di negara itu. Ditubuhkan pada tahun 1931, Al-Quwa Al-Jawiya ialah kelab tertua sedia ada di Iraq.[1]Pasukan bola sepaknya merupakan salah satu daripada yang paling berjaya di Iraq selepas memenangi tujuh gelaran Liga Bintang-Bintang Iraq, dan gelaran yang paling baharu didapat pada musim perlawanan 2020–21, manakala mereka berjaya mendapat gelar juara Piala FA Iraq keenam pada tahun 2023. Kelab itu juga memenangi rekod sederum tiga Kejohanan Umm al-Ma'arik dan dua Piala Super Iraq. Pada musim 1996–97 mereka berjaya sebagai yang pertama daripada dua kelab yang memenangi kesemua empat piala kebangsaan utama pada musim yang sama.Di peringkat benua, Al-Quwa Al-Jawiya ialah salah satu daripada dua pemenang rekod Piala AFC yang memenangi tiga kejohanan berturutan pada 2016, 2017 dan 2018. Mereka menjadi kelab pertama yang berjaya melakarkan rekod itu. Mereka juga telah mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC sebanyak enam kali.

Al-Quwa Al-Jawiya

Diasaskan 4 July 1931; 92 tahun yang lalu (4 July 1931) sebagai Gipsy Moth
Stadium Stadium Al-Madina (perlawanan liga)
Stadium Al-Quwa Al-Jawiya (kejohanan piala)
(Kapasiti: 32,000 (perlawanan liga)
6,000 (kejohanan piala))
Nama penuh Al-Quwa Al-Jawiya
(Kelab Sukan Tentera Udara)
Pengurus Ayoub Odisho
Liga Liga Bintang-Bintang Iraq
2023–24 ke-1 daripada 20
Jurulatih Shihab Jahid
Gelaran Al-Soqoor (Sang Falkon)
Al-Areeq (Yang Berakar Kuat)